My FrEnZ

Monday, 24 October 2011

Konsep Ketuhanan : Islam VS Agama Lain

Agama Islam

Allah adalah Esa (tunggal), Allah yang menjadi tempat bermohon. Dia tidak berputera dan tidak diputrakan. dan tidak ada seorangpun yang serupa denganNya. "QS. Ikhlas:1-4". Tiada Tuhan (yang wajib disembah) kecuali dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "al-Baqarah:163).
Mentauhidkan atau mengesakan Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan tiada sekutu bagi-Nya.
Kaedah mentauhidkan Allah adalah dengan cara Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid zat, Tauhid sifat dan Tauhid af'al.
Dalam rukun Iman Islam menuntut kepada umatnya supaya mentauhidkan Allah SWT. Beriman kepada Allah iaitu mempercayai kewujudan dan keesaan Allah, baik dalam kekuasaNya mahupun dalam hal-hal menyembah kepadaNya
Kemurnian dan keikhlasan iman perlu kepada pengakuan dan persaksian melalui konsep syahadah iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah SWT. Yang Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha diatas segala sesuatu, serta mengakui sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruNya. Ini adalah perkara yang paling utama (dalam rukun Islam) yang perlu ditunaikan untuk menjadi seorang muslim yang beriman. 


Allah sebagai khalik (pencipta :Fathir:3). Sedangkan manusia sebagai makhluk Allah wajiblah tunduk, patuh, taat dan memperhambakan diri hanya kepadanya sahaja (An Nisa’:59).
Allah telah memili agama Islam sebagai agama yang hak. SyariatNya itu disampaikan oleh orang-orang yang terpilih (para nabi dan para rasul). Rasul yang paling agung iaitu Muhammad s.a.w. Beliaulah yang telah menerima wahyu dariNya yang dinamakan al-Quran (ia bukan ciptaan manusia, kekal sifatnya, syumul dan mengandungi kemurnian muthlak). Oleh itu, agama Islam akhirnya dinamakan dengan agama wahyu.
Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada daya dan tiada kekuatan sama sekali, kecuali dengan bantuan pertolongannya. Allah mencipta segala sesuatu cukup dengan menyebut "KUN" maka jadilah ia. Ulama tauhid ada yang menafsirkan bukan bererti setiap menjadikan sesuatu Allah perlu menyebut "KUN" Namu ia menunjukkan sesungguhnya hanya Allahlah yang layak mencipta.
Allah bersifat Qadim, sedangkan alam bersifat baharu. Dalam ilmu mantik, perkara ini diuraikan dengan panjang lebar iaitu menghukum secara kulli dengan menyusun qadhiah-qadhiah yang akhirnya menghasilkan natijah (kesimpulan) yang lojik dan rasional. " Alam (manusia, hewan, bumi, tumbuh-tumbuhan dll) adalah baharu, setiap yang baharu adalah berubah-ubah. Jadi natijah pada qadhiah yang pertama" alam adalah berubah-rubah". Dan setiap yang berubah-ubah adalah selain daripada Allah "natijah yang kedua" kerana Allah bersifat Qadim iaitu tiada pendahuluan dan tiada pengakhiran (kekal selamanya).



Agama Kristian

Mereka percaya dan yakin kepada Tritunggal (trinity) iaitu Tuhan mempunyai 3 oknum yang terdiri daripada Tuhan Bapa (Allah), Tuhan Anak (Isa) dan Rohul Kudus.
Tuhan Bapa ialah pencipta alam sejagat dan tinggal di syurga
Tuhan Anak ialah Isa yang diutus kedunia untuk disalib sebagai penebus dosa-dosa orang-orang Kristian
Roh Kudus pula ialah roh suci dari Allah yang menyerap masuk kedalam para penulis Injil dan para pendeta.
Filsafat ketuhanan yang demikian boleh disebut disebut monotheisme, sebab oknum kedua dan ketiga merupakan sebahagian daripada Tuhan (Allah) Bapa.
Boleh disimpulkan, Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohul Kudus mempunyai zat, sifat dan perbuatan yang sama.


Agama Budha

Pada peringkat awal pengikut setia agama ini tidak Mengakui kuasa dan Kewujudan Tuhan (tiada konsep Tuhan). Bahkan ada yang berpendapat, agama Budha sama dengan aliran Ateisme.
Mereka tidan menyembah Budha. Hatta menganggap Budha sebagai guru dan orang yang bijaksana kerana ajaran yang diperkenalkannya boleh diterima oleh masyarakat pada sesuatu tempat dan bersesuaian dalam kehidupan mereka.
Budha mengenepikan pembicaraan mengenai Tuhan. Dia mengelakkan segala apa yang berhubung dengan perbahasan-perbahasan ketuhanan dan metafizik atau tentang perkara-perkara halus mengenai alam, kerana dia berpendapat bahawa pelepasan manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan.
Seruannya adalah cerita tentang pengalamannya dan tentang jalan yang diikutinya. Dia berkata bahawa kebenaran (hak) itu tiada dapat diketahui dengan pendapat-pendapat (teori-teori) tetapi ia dengan melalui jalan yang menuju kepadanya


Agama Hindu

Tuhan itu tidak tunggal (Trimurti). Mengakui kepada kuasa Tuhan dan setiap Tuhan mempunyai kuasa yang berlainan.
Trimurti adalah mempercayai wujudnya tiga Tuhan yang terpenting. Ia adalah Brahma iaitu Tuhan pencipta. Manakala Vishnu adalah Tuhan Memelihara dan Shiva adalah Tuhan Pemusnah. 


Kesimpulan



Daripada uraian diatas, jelas nampak sekali perbezaan tentang konsep ketuhanan menurut Islam dengan agama lain. Islam hanya ada satu Tuhan yang wajib disembah, tidak beranak, tidak serupa dengan selainnya dan agamanya bersifat wahyu iaitu bersumberkan al-Quran (kalamNya) dan al-Hadis (Wahyu dariNya melalui seorang Rasul s.a.w.) erti kata lain, semuanya bukan ciptaan manusia.

Sedangkan Agama lain tentang konsep Tuhan sumbernya tidak jelas, lebih bersifat mitos, berbentun mimpi, banyak yang direka-reka dan kesemuanya hasil ciptaan manusia yang tidak pasti kebenaran dan kemurnian fakta dan datanya. Misalan agama Kristian mendakwa kononnya Isa a.s. adalah anak Tuhan. namun dalam Injil yang asli dan perjanjian lama, Isa a.s. tidak pernah mengaku dirinya adalah Tuhan. Sedangkan dalam agama Hindu pula, Penganutnya menyembah Tuhan Shivah kerana mereka takut kepadanya bukan kerana yakin, percaya dan taat, tapi kerana menurut kepercayaan mereka Tuhan Shiva adalah Tuhan Pemusnah. Dan yang peliknya konsep Tuhan "Trimurti" dalam agama Hindu dan konsep Tuhan "Trimurti" dalam agama Kristian tidak dapat difahami dengan jelas maksudnya dan tidak boleh dibuktikan kebenarannya sekalipun oleh Rahib-rahib dan Pendeta-pendeta mereka itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment