My FrEnZ

Sunday, 23 October 2011

Isu Halal di Malaysia : Mana Penghujungnya?



Isu ini saya kaji untuk subjek Independent Studies di UiTM dan menggabungkan halal dengan kebersihan makanan dan kualiti makanan. Tak dinafikan kesedaran tentang isu halal di kalangan Muslim Malaysia sudah meningkat. Tapi masih ada lagi yang keliru atau mungkin tidak tahu apa kriteria sesuatu makanan itu untuk mendapat status halal.

Ramai yang masih menanamkan mentaliti “Tak mengandungi khinzir, boleh dimakan” jadi mereka masih rasa senang untuk makan di restoran non-muslim. Tak keterlaluan jika aku katakan mereka ini pathetic, dan perlu difahamkan lagi tentang halal.

Dibawah Perinta Perihal Dagangan (Akta Perlabelan Halal) 1972 dinyatakan bahawa ‘Halal’ merujuk kepada makanan yang:
  1. Bukan binatang atau bahagian binatang yang tidak dibolehkan dari segi syarak, serta perlu disembelih dengan cara yang mengikut syarak.
  2. Diproses menggunakan peralatan dan perkakas yang bersih serta tidak digunakan untuk memproses makanan yang tidak dobolehkan mengikut syarak
  3. Tidak mengandungi bahan tambahan yang tidak dibenarkan mengikut syarak
  4. Tidak disimpan atau dihidangkan bersama atau dekat dengan makanan yang tidak diblehkan mengikut syarak.


Sedihnya banyak pengilang makanan yang mendapat sijil halal melalui pemeriksaan yang bagai melepaskan batuk di tangga. Penguatkuasaan untuk sijil halal di Malaysia adalam lemah jika berbanding dengan penguatkuasaan sijil Kosher di mana rabbi yang membuat pemeriksaan akan memantau selama beberapa hari proses pengilangan makanan dari langkah pertama sehingga produk makanan itu dimasukkan ke dalam lori untuk tujuan penghantaran.

Lebih membuatkan kita sebagai Muslim terkejut lagi ialah dengan kajian beberapa pihak yang membuktikan makanan da bahan kegunaan harian kita kebanyakannya mengandungi produk khinzir. Bila dibelek nampak status halal. Waktu saya membuat latihan industri di sebuah hospital swasta di Ampang ada saya bertanya kenapa mereka tak mendapatkan status halal untuk dapur. Kata mereka untuk mendapat status halal ialah amat rumit sebenarnya kerana setiap bahan walaupun seremeh garam dan gula haruslah dalam keadaan halal ‘dari ladang hingga ke pinggan’.

Rasionalnya Islam menghalalkan atau mengharamkan sesuatu makanan ialah kerana faktor-faktor kesihatan fizikal serta rohani. Halal itu sendiri bersih, suci dan menyihatkan. Jadi kenapa Malaysia masih gagal melaksanakan penguatuasaan status halal?

Education. Pelajaran dan pengetahuan. Penguatkuasa sijil halal harus pakar dalam dua bidang iaitu syarak dan bidang pemakanan. Kalau tahu agama saja tapi tak tahu gelatin itu dari sumer mana, tak lengkaplah ‘tools’ anda sebagai seseorang yang bertanggungjawab memberikan status halal, dan sebaliknya.

Tanggungjawab itu besar, tapi ramai yang tak guna seeloknya. Haih!



Terima kasih atas nukilan : 
Clarky Afif

0 comments:

Post a Comment