My FrEnZ

Wednesday, 28 September 2011

Ibu,kenapa ibu buang adik??Adik teringin nak hidup bu..



 IBU...

...  Adik anak ibu.Ibu tak kenal adik lagi... Adik baru beberapa
minggu,bu. Ibu akan tahu tentang adik tak lama lagi, adik janji!!
Biar adik cerita kat ibu tentang adik.Nama adik Adam... Adik ada
mata perang yang cantik dan rambut hitam. Tapi adik belum dapat semua tu lagi sehingga saat adik dilahirkan ke dunia nanti. Adik akan menjadi anak ibu yang pertama... 


 Adik akan membesar tanpa ayah..tapi adik tahu,adik ngan ayah mempunyai banyak  persamaan. Adik sayang sangat ibu ngan ayah. Adik nak jadi doktor bila adik da besar nanti.


Ibu dapat tahu tentang adik hari ini.. Ibu kelihatan begitu teruja, tidak dapat
menunggu untuk memberitahu semua orang. Apa yang ibu boleh lakukan  sepanjang hari hanyalah mengukir senyuman..Adik rindu ibu.. Adik yakin  kehidupan ibu kini sempurna. Ibu mempunyai senyuman yang sangat  manis. Ibu akan menjadi wajah pertama yang akan adik lihat sebaik adik  keluar daripada badan ibu..Adik tak sabar nak menunggu saat tu.. 


Hari ini merupakan hari ibu memberitahu ayah.Ibu begitu teruja untuk memberitahunya  tentang adik! ... Dia tidak gembira,bu. Dia marah!!Adik takut bu..!!. Ayah mula bercakap tentang pernikahan, duit, bil-bil, dan barang-barang yang adik langsung tak faham lagi.Tapi ibu masih tetap  gembira,mengukir senyuman walaupun sedikit tawar..Ayah pukul ibu. Tapi kenapa??! Adik dapat rasakan ibu jatuh ke belakang, tapi tangan ibu sempat  lagi melindungi adik. Adik ok bu ... Tapi adik sedih sangat... Kenapa  ayah  pukul ibu?Ibu menangis kemudian... Itulah bunyi yang adik tidak suka. Ia  membuat  adik menangis jugak. Ayah minta maaf dan dia memeluk ibu.. Ibu  memaafkan ayah..Tp adik rasa ia tidak betul. Ibu cakap ayah mencintai ibu ...tapi kenapa ayah mesti  menyakiti ibu??


Akhirnya, ibu boleh bertemu ngan adik! Perut ibu dah agak besar... Ibu begitu teruja nak  berjumpa ngan adik! Ibu keluar dengan nenek untuk membeli baju baru adik..Adik dapat  rasakan ibu gembira sekali. Ibu menyanyi kat adik. Ibu,ibu nak tahu tak,suara ibu cukup merdu..Adik terasa  sangat bahagia.. Saat ibu bercakap ngan  adik, adik rasa sangat aman. Ibu,sabarlah.. Kita pasti  akan berjumpa..Adik sayang ibu sepenuh hati adik..


Ayah datang untuk melihat ibu hari ini. Adik benar-benar takut,bu.Ayah cakap ayah tak  mahu ibu lagi..Adik tak paham.. tapi itulah apa yang dikatakannya. Ayah memukul ibu sekali lagi! Adik tak tahan bu..! Adik benci ayah!. Bila adik da besar nanti, adik berjanji adik tak akan membiarkan ibu tercedera! Adik berjanji akan melindungi ibu. Ayah jahat! Ayah pukul ibu, ayah tak suka adik..Kenapa dia tak suka adik, bu?


Adik boleh menggerakkan tangan dan kaki adik sekarang, bu.. Ibu gembira sekali merasa  pergerakan adik.. Adik rindu ibu..Ibu tak bercakap ngan adik malam ini... Adakah semuanya baik-baik saja bu?Sudah tiga hari sejak ibu berjumpa ayah. Ibu belum bercakap ngan adik atau menyentuh  adik atau apa-apa sejak hari tu. Ibu tak sayang adik lagi ke??Adik sayang ibu... 


Adik berusia 21 minggu hari ini, ibu. Tidakkah ibu berbangga dengan adik? Kita akan pergi  ke tempat baru ye bu?Adik seronok sangat..! Ia kelihatan seperti hospital .Adik tak boleh  tunggu lagi.. Adik nak jumpe ibu...


... Ibu, adik takut!!. Jantung ibu masih berdenyut,tapi adik tak tahu apa yang ibu fikirkan. Doktor bercakap ngan ibu. Adik rasa sesuatu yang akan berlaku tak lama lagi. Adik benar-benar takut,bu..Bagi tahu la adik yang ibu sayang adik.Adik sayang ibu!!


Ibu,apa yang mereka lakukan pada adik??!? Sakit bu! Adik sakit bu..!Suruh mereka  berhenti bu..Tolong..! Tolong adik bu..Ibu sayangkan adik kan..?Adik sayang  ibu..Tolong adik bu..!!
******************************************

Jangan risau bu... Adik selamat.. Sekarang adik kat syurga ni.. Mereka kat sini da bagi tahu adik apa yang ibu telah lakukan pada adik.. Ibu gugurkan adik kan?

Tapi kenapa, bu? Kenapa ibu melakukannya? Ibu da tak sayang adik lagi ke?? Kenapa ibu buang adik? Adik benar-benar mintax maaf kalau adik ada buat salah kat ibu.Adik sayang ibu..!Adik sayang ibu sepenuh hati adik..Kenapa ibu da jadi mcm ayh? Tak pernah sayang adik.. Adik teringin nak hidup, bu! Adik sedih sangat bila ibu da tak kisah lagi pasal adik..Ibu da tak cakap lagi ngan adik.. Ibu langsung tak sentuh adik lagi.. Adik akan sentiasa menyayangi ibu..walaupun ibu da buang adik dari hidup ibu..




Sesungguhnya,setiap pengguguran (abortion) hanyalah...
  • Satu hati yang telah dihentikan.

  • Dua lagi mata yang tidak akan dapat melihat.

  • Dua lagi tangan yang tidak akan dapat disentuh.

  • Dua lagi kaki yang tidak akan dapat berjalan dan berlari.

  • Satu lagi mulut yang tidak dapat bercakap.








0 comments:

Post a Comment