My FrEnZ

Friday, 26 August 2011

Novel Isabella

Novel yang bercorak Islamik ni aku beli pada minggu lepas kat MPH Jusco Bukit Raja semasa aku g tengok movie 'The Spy Kids' ngan member2 aku.Aku dapat tahu tentang keunikan novel ni daripada sowang member aku.Member aku ni plak dapat tahu daripada pensyarah kat  Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) UiTM Shah Alam yang mengajar kelasnya subjek Islamic Economy Studies (IES).

Aku menghabiskan pembacaanku hampir lebih kurang 4 hari (kalau aku x silap r). So,aku tergerak hati nak wat review sikit tentang apa yang tertulis dalam novel tersebut.Sekali imbas,novel bertajuk Isabella ni tiada beza dengan novel2 yang lain,tapi keistimewaannya wujud apabila penulisnya,Maulana Muhammad Saeed Dehlvi dengan arifnya memaparkan pelbagai perbandingan yang jelas antara Agama Islam ngan Agama Kristian.

Aku menyarankan sesiapa yang nak baca novel ni,pilih novel yang telah diterjemah oleh Sasterawan Negara,Dato' Abdullah Hussain sebab lebih mudah nak faham berbanding baca novel karya asal.Novel ni memang pilihan terbaekk bagi sesiapa yang nak  penjelasan tentang kebenaran Islam berbanding Kristian melalui penceritaan plot yang menarik dengan melibatkan watak utamanya yang rupawan,Isabella iaitu anak Ketua Paderi di Cordova,Sepanyol.

Isabella yang pada mulanya merupakan pengamal kuat Agama Kristian akhirnya dikurniakan hidayah oleh Ilahi untuk memeluk Islam,satu2nya agama yang diterima oleh-Nya.Namun usahanya untuk memeluk Islam mendapat tentangan hebat daripada bapanya dan semua paderi termasuk gurunya,Michael.Namun,berkat kesabaran dan ketabahan Isabella menuntut ilmu ngan Umar Lahmi dan Ziad bin Umar,beliau seterusnya berjaya menjadi seorang srikandi Islam yang tersohor di Sepanyol dek kepakarannya dalam dunia pengajian Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran.

Wallahua'lam...


0 comments:

Post a Comment