My FrEnZ

Friday, 26 August 2011

Novel Isabella

Novel yang bercorak Islamik ni aku beli pada minggu lepas kat MPH Jusco Bukit Raja semasa aku g tengok movie 'The Spy Kids' ngan member2 aku.Aku dapat tahu tentang keunikan novel ni daripada sowang member aku.Member aku ni plak dapat tahu daripada pensyarah kat  Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) UiTM Shah Alam yang mengajar kelasnya subjek Islamic Economy Studies (IES).

Aku menghabiskan pembacaanku hampir lebih kurang 4 hari (kalau aku x silap r). So,aku tergerak hati nak wat review sikit tentang apa yang tertulis dalam novel tersebut.Sekali imbas,novel bertajuk Isabella ni tiada beza dengan novel2 yang lain,tapi keistimewaannya wujud apabila penulisnya,Maulana Muhammad Saeed Dehlvi dengan arifnya memaparkan pelbagai perbandingan yang jelas antara Agama Islam ngan Agama Kristian.

Aku menyarankan sesiapa yang nak baca novel ni,pilih novel yang telah diterjemah oleh Sasterawan Negara,Dato' Abdullah Hussain sebab lebih mudah nak faham berbanding baca novel karya asal.Novel ni memang pilihan terbaekk bagi sesiapa yang nak  penjelasan tentang kebenaran Islam berbanding Kristian melalui penceritaan plot yang menarik dengan melibatkan watak utamanya yang rupawan,Isabella iaitu anak Ketua Paderi di Cordova,Sepanyol.

Isabella yang pada mulanya merupakan pengamal kuat Agama Kristian akhirnya dikurniakan hidayah oleh Ilahi untuk memeluk Islam,satu2nya agama yang diterima oleh-Nya.Namun usahanya untuk memeluk Islam mendapat tentangan hebat daripada bapanya dan semua paderi termasuk gurunya,Michael.Namun,berkat kesabaran dan ketabahan Isabella menuntut ilmu ngan Umar Lahmi dan Ziad bin Umar,beliau seterusnya berjaya menjadi seorang srikandi Islam yang tersohor di Sepanyol dek kepakarannya dalam dunia pengajian Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran.

Wallahua'lam...


Lelaki-Pemangsa...Wanita-Mangsa


Menurut laporan polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah kekal terhadap si mangsa. Progesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya tidak boleh hamil selamanya. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus. Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita
dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!!



Ahlan Wasahlan,Salam Perkenalan

Salam...


Jujur aku katakan,inilah kali pertama aku memasuki dunia blogger. So,segala macam kekurangan sememangnya dalam expectation aku.Aku harap sangat sesiapa yang mengikuti blog ni dapat menerima hal tersebut dengan memberikan saranan yang membina agar segala kehkilafan dapat aku perbaiki,insyaALLAH.


Sebelum aku mengakhiri muqaddimahku sebagai blogger baru ni,belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. 


Wassalam...